Close

Qualcomm umumkan Snapdragon 888 – Teknologi 5nm, Modem 5G X60, Ai Engine Qualcomm generasi ke-6 dan ISP Spectra baru

Dalam acara Snapdragon Tech Summit Digital yang sedang berlangsung di San Diego, California. Qualcomm telah mengumumkan cip pemproses baru iaitu Snapdragon 888. Yang mana ia merupakan cip kelas atasan. Ia bukanlah Snapdragon 875 seperti mana yang di ramal.

Snapdragon 888 hadir dengan beberapa peningkatan besar seperti pada Modem 5G, Teknologi 5nm, Ai Engine generasi keenam, ISP Spectra dan juga Qualcomm Snapdragon Elite Gaming. Secara keseluruhan ia ada peningkatan yang sangat ketara dari model yang sebelumnya.

Untuk modem 5G pada Snapdragon ia merangkumi Sistem Modem-RF Qualcomm Snapdragon X60 5G generasi ketiga, yang  menawarkan keserasian mmWave dan sub-6 5G di semua rangkaian utama di seluruh dunia. Modem ini turut menyokong agregasi pembawa 5G, multi-SIM global, 5G Standalone, 5G Non-standalone, dan Dynamic Spectrum Sharing.

Selain itu, Snapdragon 888,menggunakan AI Enjin generasi keenam. Menjanjikan peningkatan prestasi dan kecekapan penggunaan kuasa bagi tugas AI. Terdapat juga peningkatan ketara pada prestasi GPU Snapdragon 888 dengan Snapdragon Elite Gaming generasi ketiga yang baru.

Qualcomm turut mempersembahkan ciri fotografi baru yang ada pada Snapdragon 888, termasuklah kemampuan untuk merakam 120 foto sesaat pada resolusi 12 megapiksel, hasil dari ISP yang ditambah baik dengan 35% lebih pantas daripada generasi sebelumnya.

Qualcomm juga mengesahkan 14 pengeluar yang akan menggunakan Snapdragon 888 pada peranti mereka. Ini termasuklah ASUS, Black Shark, Lenovo, LG, Meizu, Motorola, Nubia, realme, OnePlus, OPPO, Sharp, Vivo, Xiaomi, dan ZTE.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN