Close

realme 7 5G memberi prestasi bateri yang mengagumkan!

Weekly poll results: Realme 7 5G gets a lukewarm reception, its Black  Friday gambit fails -


Kebanyakan peranti yang ada di pasaran ketika ini hadir dengan hanya memfokuskan kepada satu atau dua highlight sahaja pada peranti mereka. Namun, perkara itu tidak terjadi kepada model realme 7 5G. 


Pengenalan realme 7 5G oleh realme boleh di anggap sebagai peranti kelas pertengahan yang seimbang. Dari segi spesifikasi dan juga fungsinya yang bersesuai dengan permintaan pasaran ketika ini.

Realme 7 5G in Photos: A Closer Look at the Phone's Quad Rear Cameras,  Features and More - Photogallery

realme 7 5G bukan sahaja hadir dengan cip yang berkuasa serta teknologi rangkaian 5G sahaja. Ia turut hadir dengan kapasiti bateri yang besar dan juga sokongan pengecasan pantas.

realme 7 5G launched with Dimensity 800U chip and 120Hz display -  KLGadgetGuy


Bagi yang masih mencari peranti dengan ketahanan bateri yang panjang, realme 7 5G mungkin adalah jawapannya. realme 7 5G hadir dengan kapasiti bateri sebesar 5000mAh. Bakal menyelesaikan masalah ketahanan bateri pendek yang sering terjadi kepada peranti yang ada di pasaran ketika ini.


Selain dari kapasiti bateri yang besar, untuk menjadikan jangka hayat bateri realme 7 5G lebih panjang realme telah menyertakan beberapa mod pengoptimuman. Iaitu sleep standby optimization, app quick freeze dan juga power saving mode.

Untuk mod penjimatan kuasa apabila ia dihidupkan, secara automatiknya ia akan mengekalkan enam aplikasi yang sering digunakan sahaja. Bagi meningkatkan ketahanan bateri dalam masa yang sama menghidupkan strategi penjimatan bateri yang lebih agresif.


Hasil penggunaan mod penjimatan kuasa pada realme 7 5G sangat mengejutkan, dengan hanya 5% bateri ia mampu menjalankan WhatApp selama 70 minit dan mendengar lagu melalui spotify selama 5 jam atau jika diletakkan dalam mod standby ia mampu bertahan sehingga 30.8 jam.


Data lain mengenai kemampuan bateri realme 7 5G, untuk panggilan ia mampu mendapatkan 35 jam, YouTube dengan 17 jam, 103 jam bagi mendengar muzik secara atas talian dan WhatApp sehingga 19 jam.  

Bagi menjadikan masa pengecasan lebih singkat, realme 7 5G turut disertakan dengan pengecasan pantas 30W Dart Charge yang telah dipertingkatkan. Dengan hanya 26 minit ia mampu mendapatkan bateri 50%. Dan untuk 100% hanya memerlukan 65 minit sahaja. Selain itu, ia juga turut menyokong pengecasan pantas jenis Power Delivery (PD) 15W.

Dengan penawaran yang pada realme 7 5G, secara keseluruhanya ia boleh dianggap sebagai salah satu peranti kelas pertengahan yang mempunyai pakej dengan harga yang berbaloi. Jadi tidak hairanlah jika realme 7 5G bakal menjadi salah satu peranti pilihan ramai kelak. Nantikan pelancaran realme 7 5G di laman FB realme pada 17/12/2020 jam 12PM.

ARTIKEL BERKAITAN