Close

realme 7 5G menawarkan kepantasan 10 kali ganda berbanding rangkaian 4G!

 

https://static.hub.91mobiles.com/wp-content/uploads/2020/11/realme-7-5g-launch-image-featured.png

realme sentiasa hadir dengan penawaran peranti baru yang mengikuti perkembangan teknologi. Dan kali ini realme memperkenalkan satu lagi peranti iaitu realme 7 5G, yang membawakan teknologi rangkaian 5G pada peranti kelas pertengahan mereka. Teknologi rangkaian 5G menawarkan kepantasan 10 kali ganda berbanding 4G. Ia juga bakal merubah gaya hidup dan cara kerja anda.

MediaTek Dimensity 800U announced with higher CPU speeds, dual 5G SIM support

Seperti namanya, realme 7 5G ini membawakan penawaran teknologi rangkaian 5G yang menjadi highlight pada peranti ini. Turut dikuasakan dengan cip pemproses baru dari Mediatek iaitu Dimensity 800U 5G yang merupakan cip kelas pertengahan dengan prestasi yang mengagumkan.

https://fdn.gsmarena.com/imgroot/news/20/08/mediatek-dimensity-800u-ofic/-640/gsmarena_002.jpg

Bercakap mengenai cip terbaru Mediatek iaitu Dimensity 800U 5G. Ia menggunakan proses binaan 7nm untuk menjadikan Dimensity 800U lebih berkuasa dan efisien. Untuk prestasi pula, cip ini mempunyai lapan teras secara keseluruhan dengan dua teras utama berprestasi  tinggi iaitu Cortex-A76 dengan 2.4GHz dan enam teras kecekapan tinggi iaitu  Cortex-A55 sehingga 2.0GHz. 

Dengan hanya cip yang pantas sahaja tidak mencukupi untuk menjadikan peranti lebih berkuasa. Untuk memenuhi prestasi grafik yang tinggi cip Dimensity 800U menggunakan GPU Mali-G57 yang menjanjikan pengalaman permainan yang terbaik di dalam kelasnya.

Melalui ujian penanda aras yang dilakukan pada AnTuTu, Dimensity 800U mencatatkan skor 340,000. Dengan jumlah itu ia menjadikan Dimensity 800U cip pertama yang mencecah julat skor sebegitu pada tanda harga jualan yang berpatutan bagi kelas pertengahan.

Jika dibandingkan dengan cip yang berada pada kelas yang sama, Dimensity 800U mempunyai prestasi  yang lebih unggul dengan penggunaan kuasa yang sangat efisien. Selain itu, ia turut menggunakan teknologi-teknologi yang terkini seperti proses binaan 7nm dan menyokong rangkaian 5G yang mana tidak banyak ditawarkan pada cip kelas pertengahan yang lain.

Selain dari cip yang berkuasa dan juga teknologi rangkaian 5G, realme 7 5G juga hadir dengan paparan 120Hz. Yang mana menghasilkan 120Hz frame per second dengan 100% lebih tinggi dari peranti dengan paparan 60Hz. Sekaligus memberikan pengalaman paparan yang mengagumkan. Lebih-lebih lagi sewaktu anda menatal media sosial dan juga menukar aplikasi.

Untuk pengalaman permainan yang lebih padu, realme 7 5G mempunyai kadar persampelan 120Hz. Dengan kadar persampelan yang tinggi ia menjadikan setiap sentuhan lebih responsif.  Dengan responsif yang tinggi ia memberikan pengalaman bermain yang jitu menjadi tindak balas sewaktu bermain lebih cekap dan pantas.

Secara keseluruhannya, penawaran realme 7 5G yang dikuasakan oleh Mediatek Dimensity 800U dilihat sebagai satu penawaran yang sempurna di dalam kelasnya. Ditambah pula dengan paparan 120Hz yang menjanjikan pengalaman bermain 100% berbeza dari paparan 60Hz. Ikuti Facebook realme untuk sebarang info mengenai realme 7 5G yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN