Close

realme jenama terpantas berkembang di dunia – No.2 dalam pasaran Malaysia!

 Logo, company name

Description automatically generated

 

realme merupakan salah satu pengeluar yang paling pesat berkembang sekarang ini. Memberikan penekanan dalam menyediakan produk yang berkualiti tinggi pada harga mesra poket. Tidak hairanlah jika realme kini merupakan salah satu pesaing global dalam arena teknologi yang hebat.

Menurut Counterpoint Research, realme telah pun mencapai angka jualan 50 juta unit telefon pintar. Dengan jumlah sebesar itu, ia telah meletakkan realme di tempat ke tujuh di dalam pengeluar global.

 

 

realme tidak memerlukan masa yang terlalu lama untuk terus mencipta sejarah. Dengan hanya dua tahun, realme telah mencatat nama dalam sejarah sebagai penghantaran paling tinggi dalam suku tahunan iaitu sebanyak 14.8 juta sekaligus menjadikan realme sebagai jenama yang paling pesat berkembang di dunia pada suku ketiga, dengan 132% QoQ yang telah melebihi jangkaan penganalisis.

 

Counterpoint menambah lagi, dengan kadar pertumbuhan realme dalam jumlah penghantaran menjadikan realme sebagai “the strongest growth momentum among major global OEMs”. Ia pasti merupakan batu loncatan untuk realme meningkatkan lagi produk mereka.

 

 

Apa yang menarik adalah, realme berjaya mencapai jualan 50 juta unit dengan pantas disebabkan oleh kejayaan realme dalam memenangi hati golongan muda di serata dunia yang merupakan segmen pengguna yang merangkumi sejumlah besar pangkalan pelanggannya.

 

Selain itu, di Malaysia realme merupakan jenama yang berkembang pada kadar yang sangat pantas dan ia diterima baik oleh pasaran tempatan. Oleh yang demikian, realme telah berjaya berada di tangga kedua dalam jenama yang popular di Malaysia buat suku ketiga 2020. Biarpun berada pada pasaran yang sangat kompetitif ia tidak menjadi masalah kepada realme.

 

Menggunakan slogan “Dare to Leap” yang diterjemahkan kepada strategi jualan memperlihatkan prestasi jualan berkembang dengan cukup pantas. Seperti yang kita tahu realme dikenali sebagai jenama dengan ciri-ciri dan prestasi produk yang berkualiti serta premium dengan kadar harga yang berpatutanAsasnya adalah  reka bentuk yang terkini menjadikan realme jenama yang sentiasa relevan dari masa ke semasa.


Turut gembira dengan kejayaan ini, Pengarah Urusan Google Malaysia, Marc Woo, berkata, berdasarkan laporan e-Conomy 2020 yang dilancarkan oleh Google, Bain dan Temasek baru-baru ini, lebih daripada satu dari tiga pengguna perkhidmatan digital baharu direkodkan berikutan pandemik Covid-19. 


“Kami menjangkakan ekonomi internet Malaysia akan tumbuh tiga kali ganda hingga mencapai 30 billion pada tahun 2025. Mudah alih kesalinghubungan akan memainkan peranan penting untuk lintasan ekonomi kita, dan saya gembira melihat realme Malaysia terus menjadi pemboleh utama dalam ekosistem ini dengan melancarkan produk menarik di saluran YouTube mereka. Pada bulan September dan Oktober lalu, telefon bimbit realme merupakan salah satu daripada 10 carian sohor kini tertinggi Google di Malaysia. Terima kasih kepada realme Malaysia dan tahniah atas kejayaan yang boleh dibanggakan ini,” katanya.

 

Graphical user interface, text

Description automatically generated


Dalam penjualan di Shopee sempena 11.11.2020, penjualan realme juga meningkat sehingga 5053% berbanding penjualan yang dicatatkan pada 11.11.2019. Ini sememangnya satu pencapaian yang sangat positif buat jenama realme sendiri di pasaran Malaysia. Menandakan pengguna di Malaysia ramai yang mempercayai produk dan jenama realme.


Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho juga berkata bahawa, “Kami berasa besar hati menjadi rakan e-dagang pilihan yang dipercayai oleh realme. Daripada telefon pintar hingga gajet tangan, serta produk kesihatan dan barangan gaya hidup, pelbagai produk realme diminati ramai rakyat Malaysia yang membeli-belah di Shopee. Ini menjadikan realme antara salah satu jenama mudah alih dan gajet yang paling laris di platform ini. Shopee mengucapkan tahniah kepada realme atas pencapaian baharu ini, dan kami berharap dapat mencapai lebih banyak lagi pada masa depan.”

 

Manakala bagi jualan di Lazada, realme Malaysia juga memecahkan rekod mereka dengan peningkatan penjualan telefon pintarnya  sekaligus menjadikannya antara empat jenama telefon pintar terlaris pada jualan 11.11.


Sherry Tan, Ketua Pegawai Bisnes Lazada Malaysia berkata, “Sangat memberangsangkan apabila melihat bagaimana realme berjaya memperluas kehadirannya secara online di Lazada Malaysia dan menjadi nombor 1 bagi jenama di LazMall. 

 

Tidak lama lagi realme bakal menawarkan satu lagi peranti dengan sokongan rangkaian 5G. Iaitu realme 7 5G yang bakal merubah landskap peranti dengan sokongan 5G. Ia sudah pasti peranti ditunggu-tunggu buat peminat realme diluar sana. Yang mana realme sentiasa hadir dengan penawaran peranti yang seiring dengan teknologi semasa.

ARTIKEL BERKAITAN