Close

Rekaan OnePlus 9 Pro tertiris lagi dengan rekaan skrin melengkung

 Beberapa bulan lagi kita bakal melihat peranti kelas premium dengan Snapdragon 888 hadir di pasaran. Dan salah satunya adalah OnePlus 9, seperti kebiasaan peranti dari OnePlus sentiasa menjadi perhatian sebelum ia dilancarkan.

Menurut beberapa sumber, OnePlus 9 akan tiba secara rasmi pada bulan Mac tahun depan lebih awal dari kebiasaan. Justeru itu, beberapa imej awal OnePlus 9 yang berkualiti tinggi telah bocor di arena web untuk kali kedua dan kali pertama pada awal November lepas. Yang pastinya sekurang-kurangya OnePlus 9 akan hadir dengan dua jenis model iaitu OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro.


Melalui rekaan yang bocor nampaknya OnePlus masih menggunakan reka bentuk OnePlus 8 Pro. Untuk spesifikasi lain, OnePlus 9 akan menggunakan paparan 120Hz dan untuk OnePlus 9 Pro ia hadir dengan skrin bersaiz 6.7 inci QHD+ Fluid AMOLED. Pengimbas cap jari di bawah skrin, kamera swafoto 16MP atau 32MP dan kamera utama Sony IMX689 48MP.


Selain itu, OnePlus 9 Pro menyokong pengecasan pantas 65W dan pengecasan tanpa wayar 40W. Pembesar jenis stereo dan mungkin akan menyertakan ketahanan habuk dan air IP68. Namun, buat masa ini ia sekadar rumours mungkin akan ada kejutan dari OnePlus siapa tahu.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN