Close

Rekaan Xiaomi Mi 11 tertiris lagi – Menggunakan kamera 108MP dari Samsung

 


Xiaomi Mi 11
merupakan  peranti terawal yang akan menggunakan Snapdragon 888 dan Mi 11 akan dilancarkan lebih awal pada Januari 2021 nanti.

Rekaan Xiaomi Mi 11 sebelum ini telah pun tertiris melalui pelindung fon untuk peranti tersebut. Dan kali ini imej sebenar Mi 11 pula tertiris yang berjaya di rekod pada umum.

Imej sebenar yang tertiris mempunyai kedudukan kamera yang pelik dan sama seperti pada pelindung fon yang tertiris lebih awal. Dan terdapat dua jenis pelindung yang tertiris mengambarkan akan hadir dua jenis model iaitu Xiaomi Mi 11 dan Mi 11 Pro.


 

Mi 11 atau Mi 11 Pro akan menggunakan dua kamera belakang, bersama dengan dua flash LED serta kamera ToF. Dengan kamera utama dikatakan akan menggunakan Samsung 108 MP ISOCELL Bright HM3 yang turut digunakan pada Samsung Galaxy S21.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN