Close

Snapdragon 888 tidak setanding A13 Bionic mahupun A14 Bionic

Qualcomm telah pun berkongsi skor penanda aras untuk Snapdragon 888 yang mana ia akan digunakan pada peranti premium pada tahun 2021. Dan ia tidak dapat mengekori SoC dari Apple iaitu A14 pada iPhone 12 dan A13 pada iPhone 11.


Perbandingan yang dibuat oleh AnandTech melalui penanda aras Geekbench 5 dan GFXBench yang memperlihat  iPhone menang dalam ujian tersebut. Yang mana Snapdragon 888 hanya memperoleh skor single-core 1,135 dan skor multi-core 3,794, sementara iPhone 12 Pro dengan Bionic A14 memperoleh skor single-core 1,603  dan multi-core 4,187.

Pada ujian mengukur pretasi GPU melalui GFXBench, memperlihatkan iPhone 12 Pro mendapat 102.24 fps dan Snapdragon 888 mendapat 86 fps‌. Namun prestasi secara berterusan belum diketahui dan bergantung kepada penggunaan kuasa cip pemproses.

Walaupun Snapdragon 888 tidak mempunyai tahap prestasi sama seperti A13 ataupun A14 dari Apple. Tetapi ia merupakan peningkatan yang ketara berbanding Snapdragon sebelum ini. Yang mana prestasi CPU meningkat sehingga 25% dan prestasi GPU pula meningkat sehingga 35%.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN