Close

Xiaomi Mi 11 adalah fon pertama yang akan dikuasakan dengan Snapdragon 888 dan akan dilancarkan pada 28 Disember ini

Qualcomm sebelum ini telah pun menyenaraikan empat belas pengeluar yang akan menggunakan Snapdragon 888 pada peranti premium mereka. Sejurus selepas itu, Xiaomi telah memberi bayangan dengan memuatnaik status “one of the first devices to run on the Snapdragon 888 mobile platform!” tanpa memberikan sebarang info mengenainya.

Selepas beberapa edisi khabar angin mengenai Xiaomi Mi 11 yang akan dilancarkan pada awal tahun 2021 dengan Snapdragon 888. Namun, perkara itu akan berlaku lebih awal apabila Xiaomi telah mendedahkan yang 28 Disember 2020 merupakan hari pelancaran bagi Xiaomi Mi 11.
Xiaomi dijangka akan mempersembahkan peranti kelas atasan mereka iaitu Mi 11 dan Mi 11 Pro. Dan terdapat beberapa laporan mengenai kemungkinan akan hadir satu lagi peranti iaitu Xiaomi Mi 11 Pro + namun ia masih samar-samar.
Kedua-dua peranti akan menggunakan panel OLED dengan paparan 120 Hz, Snapdragon 888, RAM dan storan bermula pada 8 GB dan 128 GB, dan pengecasan pantas 55W. 
Untuk versi asas, ia hadir dengan bateri 4780mAh, dan versi yang lebih tinggi ia hadir dengan bateri 4970mAh. Bagi Kamera utama Xiaomi Mi 11 hadir dengan tetapan tri kamera dengan 108 MP + 13 MP + 5 MP, sementara Xiaomi Mi 11 Pro hadir dengan tetapan kuad kamera 50 MP + 48 MP + 20 MP + 12 MP.
Selepas pelancaran Xiaomi Mi 11 dengan Snapdragon 888, kita bakal melihat lebih banyak pengeluar dengan Snapdragon 888 akan hadir. OPPO dan realme dilihat antara yang akan mengikuti jejak langkah Xiaomi dengan model OPPO Find X3 dan Realme “Race”.

ARTIKEL BERKAITAN