Close

Xiaomi Mi 11 dijual dengan dua versi iaitu Standard Edition dan juga Package Edition pada harga yang sama

 

Sebelum hari pelancaran Xiaomi Mi 11,  Xiaomi mengumumkan yang Mi 11 tidak akan disertakan palam pengecas di dalam kotak bagi tujuan kearah persekitaran yang lebih sihat.

Namun pada hari pelancaran Mi 11 di China, Xiaomi memberitahu yang Mi 11 dijual dengan dua versi iaitu Standard Edition dan juga Package Edition.

Bagi Xiaomi Mi 11 Standard Edition ia dijual tanpa pengecas di dalam kotak dan untuk Package Edition pula ia dijual dengan pengecas GaN 55W yang datang secara berasingan. Kedua-dua versi akan dijual dengan tanda harga yang sama.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN