Close

Xiaomi Mi 11 kini rasmi – Snapdragon 888, Skrin 2K AMOLED, paparan 120Hz dan pengecasan pantas 55W

Xiaomi hari ini melancarkan peranti premium baru mereka iaitu Xiaomi Mi 11. Seperti yang dijangka ia merupakan telefon pintar pertama dengan Snapdragon 888.

Xiaomi Mi 11 hadir dengan skrin bersaiz 6.81 inci dengan resolusi 2K AMOLED dan paparan 120Hz. Selain itu, skrin Mi 11 turut menyokong 480 touch response rate bersama HDR10+.
Dikuasakan dengan Snapdragon 888, yang dikatakan lebih berkuasa dari cip terdahulu. Hadir dengan tiga pilihan RAM dan storan iaitu 8GB/128GB , 8GB/256GB dan 12GB/256GB yang mana ia menggunakan teknologi LPDDR5 dan UFS 3.1.
Kamera Mi 11 menawarkan tetapan tri kamera dengan kamera utama 108MP, 13MP sudut lebar dan 5MP macro.Ia mampu merakaman sehingga 8K HDR. Untuk kamera Swafoto pula ia hadir dengan 20MP.
Mi 11 menyokong pengecasan pantas 55, pengecasan tanpa wayar 50W dan menyokong 10W reverse wireless charging. Mi 11 dimuatkan dengan bateri sebesar 4600mAh yang hanya memerlukan 43 minit dari 0% hingga 100%. 
Untuk ciri-ciri lain, Mi 11 menggunakan pelindung skrin Victus dari Gorilla Glass, audio dari harmon kardon, pengesanan degupan jantung melalui sensor cap jari dalam paparan Goodix, NFC, IR blaster, Wi-Fi 6E, dan juga Bluetooth 5.2.
Harga jualan bagi Mi 11 adalah RM2,477 (3,999 yuan) untuk 8GB/128GB, RM2,663 (4299 yuan) untuk 8GB/256GB dan RM2,911 4,699 yuan untuk 12GB/256GB.
Untuk warna pilihan pula adalah Midnight Gray, Horizon Blue, dan Frost White in anti-glare frosted glass, dan terdapat juga warna Lilac Purple dan Honey Beige dalam vegan leather. Ia akan mula dijual pada 1 Januari 2021.

ARTIKEL BERKAITAN