Tetapi tidak seperti kebiasaan apabila tiada kelibat Mi 11 Pro diumumkan sewaktu pelancaran peranti premium terbaru dari Xiaomi iaitu Xiaomi Mi 11.
Menurut laporan Digital Chat Station, Mi 11 Pro hanya akan dilancarkan selepas perayaan tahun baru cina iaitu pada 12 Februari 2021. Dan menjadikan ia mungkin telefon kedua dipasaran dengan Snapdragon 888.
Walaupun spesifikasi bagi Mi 11 Pro masih belum diketahui, dengan membawa nama "Pro" ia pasti menawarkan peningkatan spesifikasi yang lebih tinggi berbanding Mi 11 dan akan dijual pada harga yang sedikit mahal.