Close

Apple bakal hasilkan iPhone dengan paparan skrin yang boleh dilipat

Peranti dengan paparan boleh dilipat kini semakin mendapat tempat. Selepas melihat kejayaan beberapa pengeluar dalam menghasilkan peranti dengan paparan boleh dilipat, Apple kini bersedia untuk menyertai era peranti dengan paparan boleh dilipat.

Menurut Mark Gurman dari Bloomberg, Apple dikatakan telah memulakan pembangunan awal untuk iPhone yang mempunyai paparan yang boleh dilipat. Walaupun pengujian iPhone dengan paparan yang boleh dilipat telah dibuat namun Apple dikatakan tidak akan mengeluarkan pada masa terdekat.

Apple mengatakan yang ia masih dalam pembangunan peringkat permulaan dan Apple tidak mempunyai protaip penuh untuk iPhone dengan paparan yang boleh dilipat. Kita mungkin tidak akan melihat iPhone dengan paparan boleh dilipat dalam satu atau dua tahun akan datang. 

Tetapi dengan permulaan pembangunan ini, ia menunjukkan yang Apple sudah pun memulakan kerja-kerja awal dalam teknologi paparan yang boleh dilipat. Ia pasti menarik untuk melihat iPhone boleh dilipat.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN