Close

Apple disaman kerana tidak membuang aplikasi Telegram di App Store

Apple dilaporkan telah difailkan saman oleh Coalition for a Safer Web (CSW) kerana gagal membuang aplikasi Telegram yang ada di App Store kerana ia didakwa telah digunakan oleh kumpulan perusuh dan pelampau yang menyerang Capitol. 
Tuntutan itu merupakan taktik untuk memberi tekanan kepada Apple supaya bertindak melawan Telegram seperti yang Apple lakukan pada aplikasi Parler sebelum ini yang telah dibuang di App Store. 
CSW juga mendakwa bahawa Apple gagal mengikut polisi dan garis panduan kandungan yang ada tentang aplikasi Telegram yang terkait dengan keganasan yang berlaku di Capitol. Tuntuan itu juga menuntut perbicaraan juri dan pengadilan untuk memberikan ganti rugi.

ARTIKEL BERKAITAN