Close

Apple menguji sensor cap jari dalam paparan skrin untuk iPhone 13

Apple dikatakan sedang menguji sensor cap jari di bawah paparan (Touch ID)  yang menandakan perubahan besar pada sistem biometrik. Yang mana sensor ini akan digunakan pada model iPhone yang seterusnya iaitu iPhone 13.

Dengan pengujian sensor cap jari ini, ia membawa maksud yang iPhone 13 bakal hadir dengan dua ciri keselamatan iaitu sensor cap jari (Touch ID) dan Face ID. Apple juga sedang mempertimbangkan untuk membuang lubang pengecasan untuk beberapa model iPhone yang menyokong pengecasan tanpa wayar.

Sebagai tambahan, iPhone 13 pada tahun ini mungkin tidak akan menampilkan perubahan reka bentuk yang besar. Seperti mana pada model iPhone 12 yang mempunyai reka bentuk yang sama dengan takuk yang lebih dari iPhone 11.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN