Close

Carl Pei umumkan syarikat terbaru yang diberi nama ‘Nothing’

Carl Pei hari ini mengumumkan syarikat barunya dengan nama Nothing. Syarikat yang berpusat di London itu mengambarkan sebagai “syarikat teknologi pengguna baru yang berpandangan ke hadapan”.

Sebelum ini, Carl Pei yang secara mengejut meninggalkan OnePlus pada Oktober tahun lalu. Selepas beberapa tahun bekerjasama dengan Pete Lau dalam mengembangkan OnePlus. 

Dan kemudian pada bulan Disember lepas, Carl Pei mengumumkan syarikat baru selepas mendapat dana sebanyak $ 7 Juta dari beberapa pelabur berportfolio tinggi seperti Tony Fadell (bekas CEO Nest, penemu iPod), Kevin Lin (pengasas bersama Twitch), Steve Huffman (pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Reddit), Josh Buckley (Ketua Pegawai Eksekutif Product Hunt), dan Casey Neistat (YouTuber).

Nothing bakal mengeluarkan produk yang menfokuskan kepada elektronik pengguna dengan tumpuan utama diberikan kepada alat muzik, fon kepala dan banyak lagi. 


Nothing bakal melancarkan peranti pintar mereka pada suku pertama 2021. Namun buat masa ini tiada sebarang info mengenai produk yang akan dilancarkan kelak.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN