Close

Google beli perolehan Fitbit pada harga $2.1 Billion

 

Google baru-baru ini mengumumkan yang pembelian Fitbit telah pun diselesaikan. Pengumuman itu dibuat oleh Rick Osterloh yang merupakan naib presiden kanan peranti dan perkhidmatan Google.

Pembelian Fitbit telah dikaitkan dengan pembeli data, namun Osterloh menekankan bahawa pengambilalihan adalah mengenai peranti dan bukannya data. 

Dari pembelian Fitbit Google bakal memanfaatkan apa yang dibawakan oleh Fitbit dalam mengembangkan peranti boleh pakai seperti mana dilakukan pada Nest yang sekarang diteraju oleh Google dalam ekosistem smart home.

Google turut menyatakan tidak akan menggunakan data kesihatan dan kesihatan pengguna untuk tujuan pengiklanan. Pengguna Fitbit sedia ada juga mempunyai pilihan untuk menyimpan data kecergasan pada akaun Fitbit atau kepada pihak ketiga (Google).

Google membeli perolehan Fitbit pada nilai $2.1 Billion, Fitbit telah pun terjual lebih dari 120 Juta peranti kepada lebih dari 100 buah negara.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN