Close

Huawei dilaporkan ingin menjual jenama siri telefon pintar ‘P’ dan ‘Mate’

Sebut saja jenama Huawei, pasti ramai yang akan kenal dengan telefon pintar dengan spesifikasi yang hebat mereka. Namun sejak Huawei disenarai hitam oleh pimpinan Trump sejak Mei 2019, penjualan dan populariti telefon pintar Huawei dilihat makin merudum.

Seperti anda semua sedia maklum, siri telefon pintar premium P dan Mate adalah siri yang paling terkenal sekali yang berasaskan kelas mercu/atasan dengan spesifikasi yang sangat mengagumkan. Sejak Huawei terpalit dengan pengharamannya di AS, siri P dan Mate dilihat bergelut untuk mendapat tempat di kalangan pengguna, terutamanya di Malaysia dan negara lain selain China.

Terbaru, terdapat laporan dari Reuters menyebut bahawa Huawei ingin menjual siri telefon pintar premium P dan Mate mereka. Akan tetapi, setakat ini pihak Huawei telah menafikan laporan itu dan pengumuman rasmi tentang penjualan siri P dan Mate mereka.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN