Close

Imej sebenar OnePlus 9 Pro tertiris – Skrin melengkung dengan kuad-kamera

Ini bukanlah peranti pertama dari China yang tertiris di dalam kereta api, tetapi ini adalah imej sebenar pertama OnePlus 9 Pro yang tertiris. Reka bentuk rendering definisi tinggi yang bocor sebelum ini seakan sama dengan imej sebenar yang tiris.

Melalui dari imej sebenar yang tiris, ia menunjukkan yang OnePlus 9 Pro hadir dengan skrin melengkung bersama kamera swafoto jenis punch hole display. Selain itu, OnePlus 9 Pro juga bakal hadir dengan menggunakan kamera belakang jenis kuad-kamera.

Siri OnePlus bakal hadir dengan dua varian iaitu OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro. Dari modul kamera, ia menunjukkan yang imej sebenar tertiris itu adalah OnePlus 9 Pro. Ia juga merupakan ikonik kepada model Pro bagi OnePlus dengan reka bentuk yang berbeza dan kamera utama yang besar. OnePlus 9 Pro masih lagi menggunakan skrin jenis melengkung tetapi dengan nisbah ratio to body dan kesan visual yang lebih baik.

Dari spekulasi sebelum ini, siri OnePlus 9 akan hadir dengan cip Snapdragon 888. Kamera hadapan 32 MP Sony dan menggunakan kuad-kamera belakang dengan dua kamera utama menggunakan sensor IMX689 48 MP bersama kamera sudut ultra lebar dan juga kamera makro.

Dan untuk OnePlus 9 Pro ia bakal hadir dengan kapasiti bateri 4500 mAh dengan pengecasan pantas 65W dan pengecasan tanpa wayar 40W. pembesarjenis stereo, ​​dan tahan habuk dan air IP68.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN