Close

iPhone 13 akan mengunakan panel LTPO OLED dari Samsung dengan paparan 120Hz

 

Salah satu perkara yang mengecewakan tentang siri iPhone 12 adalah ia masih menggunakan paparan tradisional 60Hz. Yang mana peranti lain sudah pun menggunakan paparan sehingga 144Hz.

Melalui laporan The Elec, iPhone 13 akan menggunakan skrin dari Samsung dengan panel LTPO OLED yang menyokong paparan 120Hz. Hanya varian Pro iPhone 13 sahaja akan menggunakan paparan 120Hz. Dua lagi model asas iPhone 13 akan menggunakan paparan 60Hz dengan panel LTPS. 

Panel LTPO dari Samsung dikatakan lebih jimat kuasa berbanding LTPS. Dan kelebihan utama bagi LTPO ia tidak memerlukan perkakasan tambahan untuk menjalankan kadar segar yang adaptif. Panel jenis LTPO ini sudah pun digunakan pada Samsung Galaxy Note 20 Ultra.

Apple sebelum ini cuba mengurangkan kebergantungan kepada Samsung dengan memilih LG namun, hanya Samung mampu menghasilkan skrin dengan skala yang besar 60,000 skrin dalam sebulan. Dan LG  hanya mampu menghasilkan 5,000 skrin dalam sebulan. Sekaligus menjadikan Samsung sebagai pembekal eksklusif kepada Apple.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN