Close

iPhone 13 mempunyai ukuran yang lebih tebal dan skrin yang masih bertakuk tapi lebih nipis

Sudah pun memasuki tahun 2021, ia waktu yang sesuai untuk bercakap mengenai iPhone yang seterusnya. Laporan pertama yang hadir mengenai iPhone 13 adalah mengenai skrin dan juga paparan 120Hz yang akan digunakan.

iPhone 13 akan menggunakan rekaan yang sama seperti pada iPhone 12, tetapi ia akan sedikit tebal iaitu sekitar 0.26mm. 
Perubahan pada kedudukan pembesar suara dan juga takuk turut ditambah baik yang mana ia dikatakan akan lebih kecil berbanding iPhone 12 dengan fungsi Face ID yang dikekalkan.

Untuk kamera belakang, ia masih mengekalkan ketebalan yang sama tetapi ada perubahan dari segi rekaan untuk menampakan ia seperti satu unit kamera dengan kaca Sapphire.

ARTIKEL BERKAITAN