Close

Kemampuan kamera yang tiada tandingan dengan realme X7 Pro

Selain dari spesifikasi, keupayaan kamera juga adalah salah satu faktor yang perlu dilihat. Kerana setiap hasil gambar yang cantik datang dari keupayaan kamera yang bagus. Selain dari keupayaan kamera, kepelbagaian fungsi kamera juga boleh dijadikan nilai tambah pada sesebuah peranti itu. Itulah yang ditawarkan oleh realme pada model terbaru mereka iaitu realme X7 Pro.


Untuk spesifikasi kamera, realme X7 Pro hadir dengan sistem kuad-kamera, dengan kamera utama menggunakan sensor 64MP f/1.8, 8MP f/2.25 kamera ultra sudut lebar , 2MP f/2.4  kamera potret B&W dan juga 2MP f/2.4 kamera makro. Dengan spesifikasi ini ia pasti dapat memberi hasil yang sangat baik.


Realme X7 and X7 Pro launched with 6.55-inch FHD+ 120Hz AMOLED display,  Dimensity 1000+, and Realme V3 5G


realme telah memberikan nafas yang baru pada kamera realme X7 Pro, apabila menggunakan Algoritma 64MP mutli-frame yang dipertingkatkan bagi memberikan hasil yang lebih terperinci dan jelas.


Dengan Algoritma  multi-frame juga membolehkan kamera 64MP ini beraksi dengan baik walaupun pada keadaan kurang cahaya yang menggurangkan noise pada gambar yang menjadikan ia lebih terperinci.


C:UsersUserDownloadsX7 Pro lifestyle picx7 pro lifestyle picx7 10.JPG


Kemampuan kamera realme X7 Pro tidak terhenti di situ, bagi memberikan pengalaman yang berbeza ketika menggunakannya. realme telah menambah fungsi kamera untuk menjadikan ia lebih menarik dan berguna.


Antara fungsi kamera yang dibawakan adalah mod pro 64mp, super nightscape 4.0, handheld nightscape, mod tripod, mod ultra nightscape, pro nightscape mod, ultra-wide angle mode, portrait distortion correction dan juga chroma boost.


Setiap fungsi kamera yang disertakan pada realme X7 Pro boleh digunakan pada situasi yang berbeza. Jika anda ingin merasa menjadi fotografi yang profesional boleh mencuba mod pro 64MP yang membolehkan anda mengubah shutter speed, ISO, white balance dan menyokong long exposure sehingga 32 saat.


Untuk memberikan pengalaman gambar malam yang terperinci, realme telah menyertakan pelbagai fungsi nightscape yang boleh digunakan pada pelbagai keadaan. Yang mana fungsi nightscape ini membolehkan anda mendapatkan kualiti gambar yang terperinci dan sangat baik walaupun dalam keadaan kurang cahaya pada tahap yang ekstrem.


Kamera realme X7 Pro juga mempunyai AI secara terbina dengan fungsi Chroma Boost. Yang mana fungsi ini akan mengumpul maklumat gambar dengan perincian dari warna dan kecerahan berdasarkan apa yang di lihat manusia yang menjadikan hasil gambar yang lebih jelas dan lebih hidup seperti mana pandangan manusia.

Realme X7 Pro Pricing Leaked; Maybe Priced at RMB 2,299 -


Secara konklusinya, realme X7 Pro mempunyai prestasi kamera yang sangat mengagumkan. Hasil setiap gambar kaya dengan perincian. Lebih-lebih lagi dengan adanya kepelbagaian fungsi seperti mod pro 64 MP dan super nightscape 4.0 yang menjadikan waktu malam lebih seronok dinikmati dengan kamera realme X7 Pro.

 


Dapatkan realme X7 Pro pada harga RM 1945 selepas RM 50 diskaun pada harga jualan hari pertama sahaja. Jika anda terlepas peluang, realme X7 Pro juga dapat dibelikan pada harga RM1999 di Shopee. Untuk mendapatkan maklumat yang lanjut, sila kunjungi halaman realme Facebook

ARTIKEL BERKAITAN