Close

Lensa dari Leica tidak akan digunakan pada Siri OnePlus 9

Ura-ura siri OnePlus 9 mungkin hadir dengan lensa dari Leica mungkin tidak akan berlaku. Perkara ini disahkan oleh Max Jambor yang merupakan pemberi info yang boleh dipercayai untuk semua maklunmat mengenai OnePlus.

Max Jambor turut mengatakan yang ia tidak akan berlaku pada siri OnePlus 9. Tetapi untuk peranti masa akan datang ia mungkin boleh berlaku. 

Spekulasi mengenai lensa Leica pada siri OnePlus 9 hangat diperkatakan selepas OnePlus menyatakan kerjasama dengan Leica dalam membantu meningkatkan kemampuan kamera OnePlus.

Sebelum ini , OnePlus berjanji akan meningkatkan kemampuan kamera peranti mereka pada masa akan datang. OnePlus 9 bakal hadir dengan tiga varian iaitu OnePlus 9 , 9 Pro dan 9E. Yang akan dilancarkan secara serentak yang mungkin akan dilancarkan pada bulan Mac 2021.


Maklumat mengenai OnePlus 9 dan 9 Pro telah banyak didedahkan, tetapi untuk OnePlus 9E ia masih menjadi tanya, kemungkinan OnePlus 9E adalah model dengan spesifikasi lebih rendah berbanding OnePlus 9 dan juga 9 Pro.


(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN