Close

MacBook Pro 2021 dilaporkan akan menggunakan pengecasan MagSafe dan tiada lagi TouchBar

Gambar konsep oleh Viktor Kadar.
Tahun 2020, Apple telah perkenalkan MacBook Air 13″ dan MacBook Pro 13″ yang berasaskan cip pemproses Apple Silicon M1 yang lebih berkuasa dari cip Intel. Namun tiada perubahan ketara dari segi rekaan ataupun perkakasan lain.
Dalam laporan ura-ura terbaru, Apple dijangka akan perkenalkan MacBook Pro 14″ dan juga MacBook Pro 16″ terbaru pada tahun 2021. Menariknya, MacBook Pro terbaru ini dikatakan akan hadir tanpa fungsi TouchBar dan pengecasan MagSafe akan dikembalikan semula.

Selain itu, kecerahan skrin juga akan lebih baik, rekaan akan sedikit berbeza dan yang paling penting sekali adalah cip pemproses Apple Silicon M1 generasi seterusnya yang dijangka akan lebih baik dan lebih stabil berbanding generasi sebelumnya.
Tarikh ia diperkenalkan masih belum diketahui buat masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN