Close

Media sosial Disney+ Malaysia dilihat tidak lagi wujud

Disney+ adalah laman penstriman video seakan Netflix yang membawakan pelbagai jenis filem, sukan, animasi, drama bersiri dan pelbagai lagi yang menarik untuk ditonton. Akan tetapi, buat masa ini ia tidak boleh ditonton lagi untuk pengguna di Malaysia.

Gambar : Zhafvlog

Gambar : Zhafvlog

Baru-baru ini terdapat media sosial Disney+ Malaysia yang mempunyai simbol disahkan (verified) muncul di Instagram dan Facebook dengan nama Disneyplushotstarmy. Ia mungkin berita baik buat pengguna yang menantikan Disney+ di Malaysia, kerana ia mungkin akan hadir dalam masa terdekat ini.

Semua kena prank ke apa ni? 🥲 pic.twitter.com/MlvsMyVF87

— #zhafvlog (@zhafvlog) January 25, 2021

Namun, bila lihat semula Instagram dan Facebook rasmi mereka sekarang. Ia telah dibuang dan akaun tidak wujud. Tidak pasti sama ada terdapat kesilapan teknikal atau ada perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Harapnya akan ada pengumuman rasmi tentang kehadiran Disney+ untuk pengguna di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN