Close

Mediatek perkenalkan dua cip pemproses terbaru iaitu Dimensity 1100 dan 1200

Mediatek memperkenalkan dua lagi cip terbaru dari mereka iaitu Dimensity 1100 dan juga 1200 yang merupakan cip kelas atasan. Cip ini menggantikan Dimensity 1000 yang dilancarkan pada November 2019 dan 1000 Plus yang dilancarkan Mei 2020.

Kedua-dua cip ini merupakan yang pertama menggunakan teknologi binaan 6nm TSMC yang mana Dimensity sebelum ini menggunakan binaan 7nm. Cip baru ini turut menyokong modem 5G bersepadu yang menyokong fungsi mod NSA dan SA.

Dimensity 1100, tidak menggunakan teras utama tetapi menjalankan keempat-empat teras Cortex-A78 pada 2.6GHz. Walaupun tanpa clock speed yang tinggi pada Dimensity 1100 dengan menggunakan 6nm ia pasti memberikan kelebihan berbanding Dimensity 1000+.


Bagi Dimensity 1200 pula, ia menggunakan konfigurasi 1 + 3 + 4 dengan teras utama A78 3.0GHz, ditambah  dengan tiga teras A78 pada 2.6GHz dan kuartet teras A55 yang cekap kuasa dengan 2.0GHz.

Kedua-dua cip ini menggunakan GPU yang sama iaitu Mali-G77 dengan 9 teras. Yang mana ia adalah GPU yang sama digunakan pada Dimensity siri 1000 GPU. Namun, kemampuan GPU ini telah ditambah baik dengan menyokong video AV1 dengan kemampuan penuh pada perkakasan.

Secara keseluruhan, pretasi cip Dimensity 1100 dan juga 1200 meningkat sehingga 22% dan kecekapan kuasa meningkat 25% berbanding generasi sebelumnya.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN