Close

OnePlus Band mungkin akan dilancarkan pada suku pertama 2021

Gambar : @stufflistings

OnePlus telah mengesahkan yang mereka sedang membangunkan Smartwatch pertama mereka, yang akan dilancarkan pada tahun ini. Seperti yang dijangka Smartwatch tersebut akan menjalankan Wear OS.

Namun menurut Android Central, OnePlus akan melancarkan OnePlus Band terlebih dahulu sebelum melancarkan Smartwatch mereka. Yang mana ia akan menjadi peranti yang boleh dipakai pertama dari OnePlus yang akan dilancarkan pada suku pertama 2021.

Dengan pengenalan OnePlus Band dari OnePlus, ia dilihat bakal menjadi pesaing kepada Mi Band daripada Xiaomi. Yang mana harga jualan OnePlus Band adalah sekitar RM160 ($40) menawarkan spesifkasi paparan OLED, ketahanan air, jangka hayat bateri yang panjang, dan dapat mengesan statistik kecergasan asas.

Terdapat laporan mengatakan ia mungkin dilancarkan pada Januari atau Februari lebih awal dari acara pelancaran OnePlus 9.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN