Close

Pengasas bersama OnePlus, Carl Pei bakal umum syarikat baru

Bagi mereka yang mengetahui tentang OnePlus, Carl Pei adalah pengasas bersama syarikat itu yang bekerjasama dengan Pete Lau dalam membangunkan OnePlus bermula dengan model OnePlus One. Model yang menjadi kontorversi apabila setiap pembelian harus melalui sistem jemputan.


Setelah bertahun-tahun berkerjsama dalam mengembangkan OnePlus, Carl Pei meninggalkan OnePlus pada Oktober tahun lalu. Dan hari ini, bekas pengasas bersama OnePlus tersebut bakal mengumumkan syarikat barunya yang bertapak di London.

Carl Pei yang sangat memahami pasaran elektronik, akan membuka syarikat yang menfokuskan kepada elektronik pengguna dengan tumpuan utama diberikan kepada alat muzik, fon kepala dan banyak lagi.

Dalam satu temu ramah dengan Wired, Carl Pei mengatakan bahawa “dengan membuka halaman kosong, saya dapat menjadi lebih kreatif dengan apa yang saya pilih untuk menghabiskan masa saya”. Syarikat baru Carl Pei turut menerima dana sebanyak $ 7 juta dari beberapa pelabur berprofil tinggi (termasuk Tony Fadell, penemu iPod).

Pengumuman syarikat baru Carl akan dilakukan hari ini pada pukul 11 ​​pagi waktu UK. Dan buat setakat ini, tiada lagi info nama syarikat yang akan digunakan.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN