Close

Populariti aplikasi permesejan BiP meningkat secara mendadak berbanding Signal atau Telegram

Baru-baru ini kecoh tentang kemaskini terma dan privasi terbaru dari aplikasi WhatsApp di App Store mahupun di Play Store. Sejak itu, ramai pengguna yang berasa bimbang dan mula mencari alternatif aplikasi lain.
Antara aplikasi lain seperti Telegram dan Signal. Namun, ada satu lagi aplikasi permesejan dari Turki yang popularitinya telah naik mendadak di beberapa negara Islam seperti Indonesia dan Bangladesh iaitu BiP.

Jika lihat di Apple App Store dan Google Play Store, anda akan lihat aplikasi permesejan BiP di senarai tertinggi sekali dan diikuti oleh aplikasi lain seperti Telegram, Signal, Google Meet dan lain-lain lagi.
Anda boleh muat turun aplikasi BiP secara percuma di iPhone dan juga peranti Android.

ARTIKEL BERKAITAN