Close

Qualcomm perkenalkan sensor pengimbas cap jari generasi ke-2 yang menyokong peranti boleh lipat

Qualcomm mengumumkan sensor pengimbas cap jari dalam paparan generasi kedua yang digelar sebagai 3D Sonic generasi kedua.


Kebanyakkan pengesan cap jari dibawah skrin menggunakan teknologi optik tetapi Qualcomm mengggunakan ultrasonik, yang bermaksud bahawa ia menggunakan gelombang suara untuk mengimbas ciri 3D dalam cap jari pengguna.

Sensor Sonic 3D Qualcomm generasi kedua ini menjanjikan 50% lebih pantas dan 77% lebih besar dari generasi pertama.

Qualcomm mengatakan bahawa 3D Sonic generasi kedua akan mula digunakan pada telefon pintar pada awal 2021. Dan siri Samsung Galaxy S21 mungkin peranti pertama yang akan menggunakannya.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN