Selain dari Snapdragon 888, Qualcomm telah melancarkan satu lagi cip pemproses terbaru iaitu Snapdragon 870. Dari segi prestasi, Snapdragon 870 mempunyai kelajuan lebih baik sedikit berbanding Snapdragon 865+ yang diperkenalkan tahun lalu.
Ini kerana, Snapdragon 870 yang berasaskan 7nm menggunakan cip Kyro 585 yang mencapai kelajuan 3.2Ghz berbanding Snapdragon 865+ yang hanya mencapai kelajuan 3.1Ghz. Ia juga masih mengekalkan cip GPU Adreno 650 dan modem X55 5G.
Harapnya cip pemproses ini akan menjadi pilihan peranti kelas atasan (flagship) dengan harga lebih berpatutan berbanding menggunakan cip pemproses Snapdragon 888.
(Sumber)