Close

realme X7 Pro 5G dengan pengecasan 65W SuperDart yang ultra pantas!

Kebanyakan peranti di pasaran ketika ini masih tidak menawarkan teknologi pengecasan pantas. Yang mana fungsi pengecasan pantas adalah sangat membantu dalam kehidupan seharian kita. Dengan waktu mengecas yang singkat ia dapat menjimatkan masa sekaligus menjadikan aktiviti harian kita lebih produktif.


realme X7 Pro adalah peranti yang hadir dengan teknologi pengecasan pantas. Yang mana peranti ini bukan sahaja hadir dengan teknologi pengecasan  pantas ia turut dilengkapi dengan teknologi bateri yang baru. Teknologi yang bakal merubah persepsi pengguna pada kemampuan realme X7 Pro.

C:UsersUserDownloadsX7 Pro lifestyle picx7 pro lifestyle picx7 7.JPG

Teknologi pengecasan pantas yang digunakan pada realme X7 Pro ialah pengecasan 65W SuperDart. yang mana ia bakal memberikan pengalaman mengecas yang tiada tandingan. Kecekapan teknologi ini juga memastikan peranti sentiasa dalam suhu yang stabil ketika mengecas.


Realme X7 And X7 Pro Price in Nepal | Specifications, Features & More


Dengan menggunakan pengecasan 65W SuperDart, rutin mengecas anda akan berubah dalam sekelip mata. Mana tidaknya, dengan menggunakan pengecasan 65W SuperDart dari 0%-100% hanya memerlukan 35 minit sahaja. Secara personal, ia merupakan salah satu ciri yang saya suka pada realme X7 Pro.



Selari dengan teknologi pengecasan 65W SupertDart yang dibawa oleh realme, teknologi bateri yang digunakan pada realme X7 Pro juga adalah yang terkini. Dengan kapasiti bateri sebesar 4500mAh ia hadir dengan teknologi yang dipanggil dual-cell battery. Yang mana teknologi ini merupakan penyelesaikan kepada masalah pengecasan langsung pada peranti dengan tidak melakukan penukaran voltan pada fon sekaligus menjadikan ia lebih cekap dan efisien.

realme X7 Pro, mobile 5G, 120Hz sAMOLED screen with 65W fast charging  system, knocked at 16,990 baht - World Today News

realme menyedari yang pengecasan 65W SuperDart menawarkan penggunaan voltan yang tinggi dengan kelajuan yang sentiasa berubah. Oleh itu, realme telah menyertakan beberapa fungsi pada pengecasan 65W SuperDart iaitu VCVT Intelligent Tuning Algorithm dan juga VFC Trickle Charging Optimization Algorithm. 

Yang mana fungsi VCVT Intelligent Tuning Algorithm adalah menyesuaikan voltan dan arus secara bijak sekaligus dapat mengurangkan haba semasa mengecas. Untuk fungsi VFC Trickle Charging Optimization Algorithm pula adalah untuk melindungi bateri dengan memperlahankan pengecasan ketika kapasiti bateri hampir penuh.

Pengecasan 65W SuperDart dari realme ini turut di lengkapi dengan cip lima teras yang pintar secara terbina. Untuk menjadikan pengecasan 65W SuperDart dua kali ganda lebih selamat untuk digunakan. Cip ini ditugaskan untuk mengawal suhu, voltage dan juga bateri. Dan lima cip tersebut adalah


  • Adapter overload protection

  • Flash charge condition identification protection

  • Interface overload protection

  • Overcurrent-Protection and voltage overload protection

  • Battery fuse protection

Apa yang ditawarkan realme pada realme X7 Pro adalah sangat berbaloi. Seperti yang kita tahu realme sentiasa komited dalam memberikan yang terbaik  pada setiap peranti yang dihasilkan. Peranti ini pasti di tunggu-tunggu buat peminat realme di luar sana.



Dapatkan realme X7 Pro pada harga RM 1945 selepas RM 50 diskaun pada harga jualan hari pertama sahaja. Jika anda terlepas peluang, realme X7 Pro juga dapat dibelikan pada harga RM1999 di Shopee. Untuk mendapatkan maklumat yang lanjut, sila kunjungi halaman realme Facebook

ARTIKEL BERKAITAN