Close

realme X7 Pro kini dengan 5G serta rekaan yang lebih WOW!

Pelancaran global Realme X7 Pro 5G dijadualkan di Thailand pada 17 Disember  2020 - SoyaCincau.com


Dengan teknologi yang terus berkembang, realme sentiasa  menerapkan teknologi yang terkini pada peranti mereka pada tanda harga yang berpatutan sekaligus dapat mendekatkan teknologi kepada pengguna. Dan tahun 2021, realme merancang untuk melancarkan lebih banyak teknologi futuristik dalam mengekalkan mereka sebagai peneraju trend dalam teknologi. 


C:UsersUserDownloadsX7 Pro lifestyle picx7 pro lifestyle picx7 3.JPG

realme sentiasa memberikan perhatian dalam reka bentuk yang mengikuti perkembangan trend terkini. Untuk menjadikan produk yang dibawa kena dengan cita rasa dan sesuai untuk golongan muda masa kini. Bukan itu sahaja. realme turut berpendapat dengan produk yang dihasilkan dapat menyampaikan budaya dan semangat “ Dare To Leap” kepada pengguna. Itulah yang cuba dibawa oleh realme pada realme X7 Pro.

C:UsersUserDownloadsX7 Pro lifestyle picx7 pro lifestyle picx7 8.jpg

Untuk menjadikan realme X7 Pro berbeza dengan peranti teknologi rangkaian 5G yang lain di pasaran. realme X7 Pro telah di bina untuk menjadi ia lebih ringan dan juga nipis walaupun dengan sokongan teknologi rangkaian 5G.

Untuk menjadikan realme X7 Pro lebih nipis dan ringan, realme telah menggunakan modul cap jari dan skrin yang nipis. Modul cap jari pada realme X7 Pro adalah 91% lebih nipis dan untuk skrin pula adalah 29.4% nipis. 


Dengan berat keseluruhan realme X7 Pro hanya 184 gram, ia telah menjadikan realme X7 Pro sebagai  peranti dengan 5G yang paling ringan di pasaran ketika ini. Jika dibandingkan dengan peranti lain seperti Huawei  P40 209 gram, Samsung S20 Ultra 220 gram , OnePlus 8 Pro 199 gram dan juga Xiaomi Mi 10 209 gram rata-rata semua mempunyai berat yang lebih berbanding realme X7 Pro.


C:UsersUserDownloadsX7 Pro lifestyle picx7 pro lifestyle picx7 9.jpg

Perkara menarik pada reka bentuk realme X7 Pro kali ini adalah pada panel belakang.yang sangat menonjol. Di hias dengan perkataan “DARE TO LEAP” yang merupakan slogan realme. Yang pasti akan mencuri tumpuan kepada sesiapa yang melihatnya. Cara penghasilan penutup belakang juga adalah sangat rumit yang pernah dihasilkan oleh realme. 


C:UsersUserDownloadsX7 Pro lifestyle picx7 pro lifestyle picx7 1.jpg

Untuk menghasilkan kesan yang menarik pada penutup belakang realme X7 Pro ia memerlukan kerja yang sangat teliti. Beberapa proses perlu dilakukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. realme X7 Pro menggunakan tekstur tiga lapisan yang dihasilkan dengan menggunakan mesin yang terbaik bagi mengukir garis pada tahap mikron. 

Selain itu, untuk mendapatkan kesan segitiga pada lapisan kedua ia memerlukan cahaya pekat menembusinya yang memancarkan kilauan dari dalam ke luar, dan warnanya berubah dari sudut yang berbeza.

C:UsersUserDownloadsX7 Pro lifestyle picx7 pro lifestyle picx7 6.jpg

realme turut menggunakan teknologi Double-Grain dengan menggabungkan dua jenis kaca yang berbeza iaitu Double-Pated dan Anti-Silau kemudian ditambah dengan dua lagi lapisan iaitu aliran warna psychedelic,dan lapisan paling luar menggunakan proses kaca 0.15 mm AG bagi meningkatkan visual dan tekstur taktil permukaan kaca.

Terdapat 2 pilihan warna iaitu Iridescent dan juga Skyline White. Dari segi nama pun dah kedengaran sangat mengiuarkan. Inikan lagi warnanya yang sememangnya unik dan tampak menarik jika dipandang. Itulah antara kelainan dan keunikan yang anda akan dapat dengan realme X7 Pro 5G.



Secara keseluruhanya, reka bentuk realme X7 Pro adalah berbeza berbanding generasi sebelumnya. Bukan sahaja hadir dengan penawaran spesifikasi yang terkini tetapi ia turut hadir dengan rekaan yang lebih segar selari dengan apa yang ditawarkan oleh realme.


realme X7 Pro akan mula dijual pada 2 Febuari secara atas talian di Shopee dengan tanda harga istimewa iaitu RM1949. Diskaun sebanyak RM50 di berikan untuk yang terawal memilikinya.

 

ARTIKEL BERKAITAN