Close

realme X7 Pro mempunyai paparan yang super pantas dengan rangkaian 5G

realme 亮相2020年壓軸旗艦機realme X7 Pro 和realme7 5G - 束褲3C團


Kebanyakan peranti di pasaran masih lagi menawarkan paparan tradisional iaitu 60Hz dan masih menggunakan rangkaian 4G. Namun itu tidak berlaku kepada peranti terbaru dari realme iaitu realme X7 Pro.  Seperti yang kita tahu realme sentiasa hadir dengan peranti yang berkuasa bersama harga yang berpatutan.


 C:UsersUserDownloadsX7 Pro lifestyle picx7 pro lifestyle picx7 4.jpg


realme X7 Pro dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.55 inci Super AMOLED dengan resolusi 2400×1800 piksel (FHD+) bersama paparan kadar segar semula 120Hz dan menggunakan dua kali ganda kadar persampelan iaitu 240Hz. Paparan realme X7 Pro mempunyai kepadatan piksel sehingga 402 PPI dan kecerahan puncak pada 1200 nits.


Realme X7 series with 5G technology coming to India in 2021, confirms CEO |  Technology News,The Indian Express


Fungsi yang menarik pada skrin realme X7 Pro sudah pastinya paparan 120Hz dan juga kadar persampelan yang tinggi iaitu 240Hz. Yang mana ia bakal memberikan anda pengalaman yang berbeza dari paparan tradisional 60Hz. Dengan paparan 120Hz yang super pantas, ia memberikan anda pengalaman menatal (scroll) yang sangat lancar sama ada digunakan untuk sosial media, bermain permainan mahupun menonton video.


C:UsersUserDownloadsX7 Pro lifestyle picx7 pro lifestyle picx7 2.jpg


Tidak cukup dengan paparan 120Hz, realme X7 Pro turut menyokong kadar persampelan yang tinggi iaitu 240Hz. Yang mana kadar persampelan ini meningkatkan ketepatan sentuhan dan menjadikan semuanya kelihatan lebih lancar.


Bagi mengimbangkan penggunaan  kuasa dan juga prestasi, realme menyertakan fungsi penyesuaian kadar pensampelan secara automatik. Sekaligus memberikan masa menguna yang lebih panjang.

Skrin realme X7 Pro turut menggunakan E3 luminous material yang mana ia 30% lebih terang berbanding E2. Untuk penyesuai kecerahan, realme X7 Pro menggunakan tahap kecerahan 4096 yang mana ia memberikan kecerahanan yang lebih baik, paparan teks menjadi lebih terang dan lebih jelas.Untuk fungsi lain skrin yang dibawakan oleh realme X7 Pro adalah menyokong pelindungan mata.


Realme X7 dan X7 Pro Tiba di China - Selular.ID


Selain dari skrin yang super pantas, realme X7 Pro juga hadir dengan teknologi rangkaian 5G. Yang mana 5G menawarkan kelajuan sepuluh hingga seratus kali ganda lebih pantas dari 4G. Dengan kelajuan yang dibawakan oleh 5G ia bakal memberi kesan paling besar dalam industri. Fokus realme adalah menjadikan teknologi rangkaian 5G lebih pesat berkembang dan dapat digunakan pada kebanyakan pengguna.


C:UsersUserDownloadsX7 Pro lifestyle picx7 pro lifestyle picx7 5.jpg


Realme X7 Pro juga menyokong beberapa fungsi lain rangkaian 5G, seperti menyokong dual 5G standby dengan frekuensi 5G NSA yang akan menggunakan antenna yang terkuat untuk memastikan rangkaian sentiasa stabil.


Terdapat juga fungsi Smart 5G yang mana fungsi ini akan menukar rangkaian 4G dan 5G secara bijak yang dapat meningkatkan jangka hayat bateri dan mengurangkan penggunaan bateri sehingga 30%.

C:UsersUserDownloadsX7 Pro lifestyle picx7 pro lifestyle picx7 9.jpg


realme dalam usaha membina ekosistem yang berasaskan 5G dengan membina kerjasama secara mendalam dengan penyedia perkhidmatan rangkaian dan juga platform e-dagang. Inovasi 5G bakal merubah landskap industri tidak lama lagi.


Dan apabila sokongan rangkaian 5G semakin luas kita bakal melihat lebih banyak produk AIoT akan di perkenalkan oleh realme.

Secara keseluruhan penawaran yang dibawakan oleh realme pada realme X7 Pro adalah sangat berbaloi. Ia merupakan satu penawaran yang lengkap dari semua aspek. Ia pasti peranti yang anda harus miliki.


Boleh dapatkan realme X70 Pro dengan harga promosi iaitu RM1,949 untuk 8GB RAM + 256GB ROM ekslusif di Shopee pada 2 Februari ini.

ARTIKEL BERKAITAN