Close

Redmi 9T hadir dengan Snapdragon 662, Kuad-kamera 48MP dan bateri 6000mAh dengan harga RM599

 

Xiaomi melancarkan satu lagi peranti kelas permulaan mereka iaitu Redmi 9T bagi menggantikan Redmi 9, yang menawarkan peningkatan dari segi spesifikasi dan fungsi. 

Untuk spesifikasi Redmi 9T dikuasakan oleh Snapdragon 662 yang merupakan cip terbaru bagi kelas permulaan dari Qualcomm. Menggunakan teknologi storan UFS 2.2 dengan penawaran dua pilihan storan 64GB dan 128GB.

Redmi 9T hadir dengan skrin bersaiz 6.5 inci, menyokong FHD+ dan menggunakan skrin panel jenis IPS LCD.

Menggunakan tetapan kuad-kamera dengan kamera utama 48MP, 8MP sudut lebar, 2MP makro dan 2MP depth. Untuk kamera swafoto Redmi 9T ia menggunakan 8MP dengan f/2.05.

S    `.02elain itu, Redmi 9T dimuatkan dengan 6000mAh bateri, menyokong pengecasan pantas 18W jenis USB-C. Dengan palam pengecas 22.5W tersedia di dalam kotak.

Redmi 9T hadir dalamb iaitu Carbon Gray, Twillight Blue, Sunrise Orange, dan Ocean Green. Harga jualan adalah RM599 untuk 4GB/64GB dan RM699 untuk 6GB/128GB yang akan mula dijual pada 15 Januari ini.


ARTIKEL BERKAITAN