Close

Redmi K40 yang dijana dengan Snapdragon 888 akan dijual dengan harga sekitar RM1,876

Redmi sememangnya satu jenama yang tidak asing lagi dengan tawaran spesifikasi yang hebat dan harga yang sangat berpatutan. Sebelum ini Redmi K40 telah sah menggunakan cip pemproses Snapdragon 888 iaitu cip yang terbaru dari Qualcomm berserta rangkaian 5G.

Terbaru, Redmi telah kongsikan poster pelancaran Redmi K40 yang akan diadakan pada Februari 2021 dan turut mendedahkan harga jualan rasminya di China iaitu CNY 2,999 (RM1,876) jika mengikut tukaran wang asing semasa. 

Dengan harga berikut, boleh jadi Redmi K40 akan menjadi fon yang dijana Snapdragon 888 termurah di pasaran kelak. Cuma dari segi spesifikasi lain, masih lagi belum diketahui sama ada ia akan dilengkapi dengan spesifikasi kelas bajet atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN