Close

Rekaan ASUS ROG Phone 4 tertiris – Lebih gempak!

Jika anda seorang gamers, ASUS ROG Phone pasti menjadi salah satu peranti yang anda nantikan. Hype peranti permainan dari Asus iaitu ROG Phone yang terbaru semakin bertiup kencang. Selepas tular beberapa imej di internet mengenai peranti tersebut.

Sebelum ini, telah bocor gambar rekaan depan dan belakang yang dikatakan sebagai ROG Phone 4. Yang mana pada panel belakang terdapatnya paparan kecil yang boleh menunjukkan pelbagai jenis tema dan juga pemberitahu notifikasi.

Untuk skrin hadapan, ROG Phone baru akan menggunakan bezel atas dan bawah yang simetri sama seperti pada ROG Phone 3 namun ia kelihatan lebih nipis.

Nama yang akan digunakan pada ROG Phone baru masih tidak diketahui. Untuk spesifikasi, ROG Phone baru akan menggunakan paparan 144Hz, Snapdragon 888, bateri 6000mAh dengan pengecasan pantas 65W.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN