Close

Rekaan Nubia Red Magic 6 tertiris – Kali ni lebih agresif

Nubia Red Magic 6 akan dilancarkan tidak lama lagi. Nubia Red Magic adalah peranti yang memfokuskan kepada permainan. Ia adalah kesinambungan kepada Red Magic 5s.

Rekaan Red Magic 6 edisi Tencent Games telah tertiris. Ia memperlihatkan rekaan yang berbeza dari Red Magic 5s. Dengan rekaan panel belakang berbentuk X dengan susunan kuad kamera jenis horizontal. Terdapat juga logo Red Magic dan Tencent Games di tengah panel belakang.

Nubia Red Magic 6 dijangka hadir dengan dua varian iaitu model Pro dan juga model standard. Dan Nubia turut mengesahkan Red Magic 6 kali ini akan hadir dengan edisi Tencent Games.

Kedua-dua varian akan hadir dengan cip pemproses Snapdragon 888, bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas 120W untuk pro dan pengecasan pantas 66W untuk model standard turut menyokong paparan kadar segar tinggi.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN