Pakar tiris iaitu Ishan Agarwal menyatakan yang Samsung akan hadir tanpa palam pengecas dan fon telinga pada Samsung Galaxy S21. Dan ia mungkin berlaku pada sesetengah negara sahaja dan UK mungkin salah satu darinya.
Laporan ini muncul setelah senarai sijil di Brazil mengesahkan Samsung Galaxy 21 akan dijual tanpa pengecas dan fon telinga. Namun buat masa ini tiada sebarang pengesahan rasmi dari Samsung mengenai perkara ini.