Close

Samsung Galaxy S21 Ultra dilaporkan akan menyokong paparan 120Hz pada WQHD+

Jika sebelum ini, siri Samsung Galaxy S20 boleh dikatakan mempunyai skrin yang hampir sempurna, tetapi malangnya ia hanya boleh menggunakan paparan 120Hz pada resolusi 1080P sahaja.


Lain pula kisahnya pada siri Samsung Galaxy S21. Yang mana dengan model S21 Ultra, paparan 120Hz boleh digunakan pada resolusi WQHD+ sekaligus memanfaatkan fungsi adaptif.

Perkara ini disahkan oleh pakai tiris iaitu Ice Universe yang memuatnaik screenshot tetapan skrin pada Samsung Galaxy S21 Ultra yang menunjukkan fungsi adaptif boleh digunakan pada resolusi WQHD+.


Bagi model Samsung S21 dan S21 +, terdapat laporan mengatakan ia bakal hadir dengan resolusi 1080P sahaja. Namun perkara ini masih tidak dapat disahkan.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN