Close

Samsung S21 sah akan dijual tanpa palam pengecas dan fon telinga dalam kotak jualan

Samsung nampaknya mengikuti jejak langkah Apple, apabila tidak menyertakan palam pengecas di dalam kotak pada siri Samsung Galaxy S21. 

Sebelum ini, ia hanyalah khabar angin tetapi kini telah disahkan dengan tirisnya gambar iklan rasmi siri Samsung Galaxy S21. Selain itu, Siri Samsung Galaxy S21 juga hadir tanpa fon telinga di dalam kotak.

Melalui imej iklan rasmi yang tertiris, ia menunjukkan isi di dalam kotak iaitu peranti, quick start guide, kabel pengecas jenis USB-C dan juga pin untuk SIM. Siri Samsung Galaxy S21 akan hadir dengan tiga varian iaitu Samsung Galaxy S21, S21 Plus dan juga S21 Ultra

Siri Samsung Galaxsy S21 juga akan dilancarkan pada 14 Januari pada jam 11.00 malam waktu Malaysia.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN