Close

Sebanyak 350,000 unit Xiaomi Mi 11 terjual hanya dalam masa 5 minit

 Xiaomi Mi 11 merupakan peranti pertama dijual dengan Qualcomm Snapdragon 888. Yang mana ia telah pun mula dijual di China.

Pada hari pertama penjualan Mi 11, Xiaomi telah berjaya mencatat jualan sebanyak 350,000 unit hanya dalam masa lima minit sahaja dengan nilai keseluruhan melebih CNY 1.5 billion. Dengan harga jualan RM2,477 (3,999 yuan) untuk peranti asas Mi 11.  

Spesifkasi yang dibawakan oleh Mi 11 adalah skrin bersaiz 6.81 inci QHD AMOLED dengan paparan 120Hz, tiga kemera belakang dengan kamera utama 108 MP, 13 MP kamera sudut lebar , dan 5 MP makro kamera , dan swafoto 20MP. Hadir dengan pilihan RAM dari 8GB sehingga 12GB dengan storan 128GB sehingga 256GB. 

Menggunakan bateri 4.600 mAh dengan pengecasan pantas 55W dan pengecasan tanpa wayar 50W.  Mi 11 menjalankan Android 11 dengan MIUI 12.5. Buat masa ini Mi 11 hanya dijual di China dan untuk pasaran luar ia masih belum diketahui.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN