Close

Siri OnePlus 9 akan dilancarkan pada bulan Mac ini

Maklumat mengenai siri baru OnePlus iaitu OnePlus 9 semakin hangat di perkatakan. Selepas rekaan awal siri OnePlus 9 bocor kini maklumat lain turut bocor.

Siri OnePlus 9 dikatakan akan dilancarkan pada bulan Mac. Maklumat lain yang didedahkan adalah siri OnePlus 9 akan menggunakan skrin dengan punch hole display yang berukuran sekitar 3.8mm.

Digital Chat Station pula melaporkan yang OnePlus 9 Pro akan menggunakan skrin jenis melengkung QHD+ dengan paparan 120Hz bersaiz 6.87 inci. Dan untuk OnePlus 9 ia akan menggunakan skrin jenis rata FHD+ 6.55 inci dan paparan 120Hz.

Ketebalan bagi OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro adalah sekitar 8mm dan 8.5mm dengan berat tidak melebihi dari 200 gram. Kedua-dua model ini akan menggunakan cip Snapdragon 888, bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas 65W. Dan varian Pro akan menyokong pengecasan pantas tanpa wayar 45W.

Sumber lain turut melaporkan yang OnePlus 9 Pro akan menyokong Reverse Wireless Charger dan menyokong IP68 kalis habuk dan kalis air. 

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN