Close

Siri Samsung Galaxy S21 rasmi di Malaysia dengan harga mencecah RM5,899 – Menyokong kebolehan S-Pen!

Samsung telahpun melancarkan siri Samsung Galaxy S21 yang hadir dengan 3 pilihan varian iaitu Galaxy S21, S21+ dan S21 Ultra yang dijana dengan cip pemproses Exynos 2100 (5nm) yang juga turut mempunyai rangkaian 5G untuk semua varian.
Menariknya, spesifikasi kali ini menawarkan banyak peningkatan dari siri Galaxy S20 sebelum ini. Untuk Galaxy S21, ia hadir dengan skrin Dynamic AMOLED 2X bersaiz 6.2-inci bersama paparan 120Hz, bateri 4000mAh, Tri-kamera 64MP (Telefoto), 12MP (Utama) dan 12MP (Ulta sudut lebar) dengan 32MP swafoto.
Galaxy S21 juga turut hadir dengan pengimbas cap jari ultrasonik bawah skrin, ketahanan IP68, tiada lagi penambahan slot mikroSD, memori 8GB RAM dan storan 256GB dengan harga RM3,699.

Manakala untuk S21+, spesifikasi yang ditawarkan sama sahaja seperti Galaxy S21. Cuma sedikit kelainan dari segi bateri 4800mAh, skrin Dynamic AMOLED 2X bersaiz 6.7-inci bersama paparan 120Hz, memori 8GB RAM dan storan 256GB pada harga RM4,299.
Varian ketiga, iaitu Samsung Galaxy S21 Ultra pula adalah varian yang mempunyai spesifikasi paling menarik sekali kerana ia hadir dengan skrin Dynamic AMOLED 2X bersaiz 6.8-inci bersama paparan 120Hz dan menyokong S-Pen dan S-Pen Pro (beli secara berasingan).

Pada bahagian lain, S21 Ultra dilengkapi dengan bateri sebesar 5000mAh bersama pengecasan pantas 21W dan tanpa wayar 15W, Kuad-kamera 108MP (Utama), 10MP (Telefoto), 10MP (Periskop Telefoto) dan 12MP (Ultra sudut lebar) bersama 64MP kamera swafoto.
Galaxy S21 Ultra ditawarkan dengan harga RM5,299 untuk 12GB RAM dan 256GB storan. Manakala untuk varian 16GB RAM dan 512GB storan dengan harga RM5,899 untuk pasaran rasmi di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN