Close

Spesifikasi dan imej Asus ROG Phone 5 tertiris – Snapdragon 888, bateri 6000mAh dengan pengecasan pantas 65W

 

Gaming phone merupakan salah satu peranti yang pasti di nantikan buat peminat mereka. Namun pada terdapat sedikit kelainan apabila Asus melancarkan ROG baru mereka lebih awal dari kebiasaan.

Baru-baru ini ASUS ROG Phone baru telah melalui proses pensijilan TENAA China. Penyenaraian lengkap dengan spesifikasi dan gambar utama. ROG Phone 5, hadir dengan nombor model Ioo5DA yang merupakan nombor siri bagi ROG Phone.

ROG Phone 5 bakal hadir dengan Snapdragon 888.  Dan yang menariknya adalah peranti ini akan menggunakan teknologi dua sel bateri yang menggabungakn dua bateri 3000mAh bersama pengecasan pantas yang di naik taraf kepada 65W.

Unutk spesifikasi kamera, ROG Phone 5 akan menggunakan tetapan tri-kamera dengan kamera utama menggunakan sensor 64 MP. Dari segi paparan pula ia membawakan skrin jenis AMOLED bersaiz 6.78 inci dengan pengimbas cap jari dalam paparan. Tidak menawarkan resolusi QHD+ walaupun pada 2021 sebaliknya ia masih mengekalkan resolusi FHD+ dengan paparan 144Hz.

Asus ROG Phone 5 dijangka akan hadir pada bulan April. Yang akan bersaing secara langsung dengan Red Magic 6 dan Black Shark 4.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN