Close

Tiada lagi fon telinga dan palam pengecas dalam kotak untuk siri Samsung Galaxy S21 – Slot penambahan storan mikroSD juga turut dibuang

Kebanyakan telefon pintar yang dikeluarkan oleh Samsung sebelum ini memberi sekali fon telinga AKG berserta palam pengecasan pantas dalam kotak jualan untuk memudahkan pengguna mengecas fon mereka. Namun untuk siri Galaxy S21, nampaknya Samsung mula mengikut gerakan Apple seperti siri iPhone 12.

Dalam acara pelancaran, Samsung tidak menyebut tentang hal ini. Namun, jika merujuk apa yang Samsung beri dalam kotak jualan, jelas menunjukkan tiada palam pengecas atau fon telinga. Hanya kabel jenis USB-C ke USB-C dan pin untuk SIM sahaja yang diberikan.
Bukan itu sahaja, Samsung juga dilihat telah membuang slot penambahan storan mikroSD pada siri Galaxy S21 kali ini. Sekaligus, anda hanya boleh menggunakan storan sedia ada iaitu 256GB untuk S21 dan S21+. Manakala 256GB atau 512GB untuk S21 Ultra.

ARTIKEL BERKAITAN