Close

Xiaomi memperkenalkan Mi Air Charge – Pengecasan jarak jauh yang boleh dicas ketika berjalan

 

Xiaomi merupakan salah satu gergasi dalam teknologi yang sentiasa membawakan teknologi baru. Dan hari ini, Xiaomi memperkenalkan satu lagi teknologi baru iaitu Mi Air Charge yang merupakan pengecasan jarak jauh.

Teknologi Mi Air Charge boleh mengecas banyak peranti secara serentak dan akan mengecas semula fon yang sedang digunakan, dan ianya boleh dilakukan ketika berjalan-jalan atau ketika ada yang menghalang Mi Air Charge.

Teknologi ini berfungsi, yang mana terdapat pemancar sebesar sebuah meja kecil yang dapat memancarkan caj 5W secara tanpa wayar kepada telefon pintar.

Mi Air Charge tidak menggunakan standard Qi. Tetapi telefon pintar itu perlu dilengkapi dengan “array antena miniatur dengan ‘antena beacon’ dan ‘array antena penerima’.” Telefon pintar yang mempunyai 14 antena untuk menukar isyarat gelombang milimeter yang dipancarkan oleh Mi Air Charge. Dan isyarat tersebut diubah menjadi tenaga elektrik melalui litar penerus.

Mi Air Charge dapat mengecas banyak peranti dengan arus 5W dalam radius beberapa meter. Xiaomi turut mendakwa yang objek fizikal tidak akan menggurangkan kecekapan pengecasan. Mi Air Charge akan datang boleh digunakan pada jam pintar, tali kecergasan, dan alat pakai lain.

Buat masa ini, teknologi ini masih tiada tarikh bila ia akan dilancarkan. Yang pasti teknologi ini akan pasti akan tiba. Sangat menarik untuk melihat inovasi seperti ini yang merupakan pengecasan tanpa wayar masa hadapan.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN