Close

Xiaomi Mi 11 akan memasuki pasaran global pada 8 Februari ini

 

Pada 28 Disember tahun lalu, Xiaomi telah melancarkan peranti premium mereka iaitu Mi 11 bagi pasaran China. Menjadikan Xiaomi Mi 11 peranti pertama yang hadir di pasaran dengan cip Snapdragon 888.

Ia maklumat yang telah disahkan bahawa tarikh pelancaran untuk Xiaomi Mi 11 adalah pada 8 Februari. Yang mana telah ada jemputan bagi acara pembukaan pada pelbagai pihak berkepentingan industri dan juga platform media.

Xiaomi turut dijangka akan melancarkan beberapa lagi peranti, kerana pada acara di China tahun lalu hanya Mi 11 yang diperlihatkan. Terdapat beberapa info mengatakan bawaha Mi 11 Pro mugkin akan dilancarkan pada acara tersebut yang mana ia menawarkan kemampuan kamera dan fungsi yang lebih baik.

Sekiranya khabar angin itu benar, kita juga mungkin bakal melihat beberapa peranti iaitu gelang tangan pintar dan jam pintar baru. Acara tersebut dijadualkan pada 12 malam 8 Februari 2021.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN