Close

86% iPhone yang aktif kini menjalankan iOS 14


Apple
memberikan jumlah pengguna yang menjalankan iOS 14 dan juga iPadOS 14. Yang mana ia digunakan pada model iPhone yang telah dilancarkan pada empat tahun terakhir.

iOS 14 telah dipasang pada 80% iPhone yang aktif dan 86% pula pada iPhone yang telah diperkenalkan pada empat tahun terakhir. Statistik ini dikumpul melalui App Store pada 24 Februari.


Sebagai perbandingan, pada 15 Disember Apple menyatakan bahawa iOS 14 telah dipasang pada 72% iPhone yang aktif dan 81% pada iPhone yang telah dilancarkan pada empat tahun terakhir. Bagi iPadOS 14 pula ia telah dipasang pada 70% dari semua iPad aktif dan 84% pada iPad yang diperkenalkan pada empat tahun terakhir.

Berbanding pada iPadOS, pada 15 Disember Apple menunjukkan bahawa iPadOS 14 telah dipasang pada 61% dari semua iPad aktif dan pada 75% iPad yang diperkenalkan dalam empat tahun terakhir.

Dari semua iPhone aktif, terdapat 12% yang masih menjalankan iOS 13 dan selebihnya (2%) masih menggunakan iOS versi yang lebih lama. Pada iPadOS pula dari semua iPad yang aktif, 14% menjalankan iPadOS 13 dan 16% lagi masih menggunakan iPadOS versi yang lebih lama berdasarkan stastitik pada 24 Februari.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN