Close

Aplikasi Clubhouse mungkin hadir buat pengguna Android tidak lama lagi

Aplikasi Clubhouse adalah salah satu aplikasi yang popular dimuat turun di Malaysia ketika ini buat pengguna iOS. Clubhouse adalah media sosial yang memfokuskan kepada perkongsian audio dan belum tersedia untuk pengguna Android buat masa ini.

Namun berdasarkan laporan terbaru, pihak Clubhouse dikatakan telah mengupah pembangun aplikasi untuk membangunkan Clubhouse khas untuk Android yang dijangka akan hadir tidak lama lagi. Ini mungkin berita baik buat pengguna Android yang sudah lama menantikannya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN