Close

Apple bakal hasilkan ‘MagSafe battery pack’ untuk siri iPhone 12

Apple sebelum ini telah pun mengeluarkan beberapa aksesori MagSafe sejak siri iPhone 12 diperkenalkan, termasuk dompet kulit dan beberapa kerangka pelindung. 

Dan kini terdapat laporan baru mengatakan yang Apple sedang menyiapkan aksesori baru MagSafe iaitu pek bateri.

Menurut Bloomberg, Apple sedang dalam usaha mengembangkan pek bateri baru yang melekat secara magnet pada iPhone baru yang menyokong pengecasan tanpa wayar. Ia bukanlah seperti aksesori Smart Battery yang pernah diperkenalkan oleh Apple sebelum ini. 

Aksesori pek bateri MagSafe bukanlah berfungsi sebagai kerangka pelindung penuh dan bukti aksesori ini adalah merupakan pek bateri jenis magnet apabila di kesan pada versi beta iOS 14.5, dan kemudian ia dikeluarkan.

Lebih dari setahun Apple mengembangkan aksesori tambahan dan kemungkinan ia akan dilancarkan dalam beberapa bulan akan datang. Bloomberg turut melaporkan bahawa sudah ada beberapa protaip pek bateri MagSafe dihasilkan.

Teknologi MageSafe bukanlah baru diperkenalkan oleh Apple, sebelum ini ia telah digunakan pada MacBook Pro dan juga MacBook Air namun tidak ada aksesori MagSafe yang menyokong pada kedua-dua model tersebut. Mungkin pada masa akan datang Apple bakal hasilkan aksesori MagSafe untuk produk lain Apple.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN